Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, mencatatkan masa keempat terpantas dalam sesi latihan Grand Prix Qatar di Litar Lusail malam tadi.
Pelumba negara itu melakukan catatan masa sepusingan 2:03.500s, sekali gus layak ke sesi kelayakan dua (Q2) hari ini.
Hakim Danish meneruskan momentum positif itu selepas mempamerkan aksi memberangsangkan menamatkan GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di tempat keempat minggu lalu.