Skip to main content

Sukan Lain

Moto3: Hakim Danish jalani ujian pramusim di Portugal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Hakim

Pelumba muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli, terpaksa menangguh penerbangan ke Portimao, Portugal untuk menjalani sesi ujian pramusim menjelang debut sepenuh masa kelas Moto3 untuk perlumbaan MotoGP, tahun ini.

Menurut laporan, ia mengakui keputusan itu dibuat kerana perubahan program, dia yang akan mewakili pasukan MT Helmets MSI bagaimanapun menegaskan situasi itu tidak menjejaskan fokusnya untuk menghadapi perlumbaan pertama di Thailand.

Advertisement

"Kami ada membuat pusat latihan bersama jurulatih dari Eropah termasuk beberapa pelumba luar negara.

"Hampir dua minggu kami sudah berlatih bersama di Sepang.

"Ini akan membantu saya menjelang perlumbaan pertama nanti.

"Saya ingin meluangkan masa bersama keluarga sebelum terbang ke Portugal hujung bulan ini," katanya di Nadi Weekend.

Must Watch Video