Pelumba negara, Hakim Danish, memiliki peluang untuk memperbaiki kedudukan dalam carta pelumba Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.
Pelumba berusia 19 tahun itu Ketika ini berada di kedudukan kesembilan dengan 103 mata, sementara pelumba Indonesia, Veda Pratama, di kedudukan kelapan dengan 111 mata dan pelumba dari Argentina, Valentin Perrone, dengan 120 mata di kedudukan ketujuh.
Pelumba Sepanyol, Maximo Quiles, mengungguli carta kedudukan dengan 351 mata diikuti rakan senegara, David Almansi dengan 217 mata.
Beraksi di laman sendiri semestinya menambah motivasi Hakim, malah sekiranya Hakim berjaya melakar podium di Sepang semestinya bakal memperbaiki kedudukannya sekali gus mencerahkan peluang untuk mencabar gelaran 'Rookie of the Year' dalam penampilan sulungnya itu.
Pencapaian terbaik Hakim sebelum ini adalah ketika bangkit daripada bermula di petak ke-14 mencipta sensasi untuk menjuarai GP Republik Czech di Litar Brno.