Bertandang ke Paroi dengan bekalan dua gol. Negeri Sembilan mengikat agregat 2-2 pada separuh masa pertama. Tetapi Kelantan City bangkit lebih menakjubkan dengan dua jaringan, sekali gus menyingkirkan tuan rumah dan mara ke suku akhir Piala FA.
Meskipun Hobin Jang Hobin berhasil menambah jaringan, namun ia sudah terlewat menyaksikan kelab Liga Super itu akur di tangan pasukan amatur.
Asraff Aliffuddin menghasilkan jaringan gemilang dari jarak hampir setengah padang -- persis seperti yang pernah dilakukan legenda Manchester United, David Beckham, 20 tahun lalu -- untuk memberikan Kelantan City kembali berkelebihan dua gol secara agregat.
Gol itu mencuri tumpuan di media sosial kerana lambungan itu menewaskan penjaga gol Harimau Malaya, Azri Ghani, yang terpaku melihat percubaan itu menerjah gawangnya.
Meskipun menang buat kali pertama musim ini, tetapi ia tidak membawa skuad Jang ke peringkat seterusnya ekoran kekalahan agregat 3-4.