Skip to main content

Boling

Mohon titip doa buat kakak sekeluarga -- Syaidatul Afifah

syaidatul afifah

Beberapa letupan dilaporkan di Doha, Qatar selepas sistem pertahanan udara memintas peluru berpandu yang dipercayai dilancarkan oleh Iran susulan ketegangan melibatkan beberapa negara.

Situasi tersebut turut memberi impak buat kakak kepada bekas pemain boling negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, yang menetap di Doha atas urusan kerja sejak September tahun lalu,  Saidatul Athirah berkongsi detik cemas apabila terdengar bunyi yang berkemungkinan berunsurkan intercept (pintasan).

Advertisement

Walaupun bunyi letupan seakan berdekatan, namun tidak pasti ia muncul dari kawasan mana. Yang pasti situasi sebegitu semestinya mewujudkan perasaan kurang senang dan panik buat mereka sekeluarga, termasuk anak-anaknya yang kini hanya mengikuti sesi pembelajaran di rumah secara dalam talian atas faktor keselamatan.

Bagaimanapun, Afifah memaklumkan keadaan masih terkawal dengan penyediaan pesanan ‘emergency alert’ oleh kerajaan Qatar sebagai peringatan untuk berhaga-jaga dan menganggap pujian harus diberikan atas tindakan segera mereka.

Apapun, sebagai manusia, marilah kita bersama-sama berdoa agar segala yang berlaku ini segera berakhir dan semoga semua yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan diberikan kekuatan untuk menghadapi situasi yang mencabar ini.

 

Must Watch Video