Dalam laporan Nadi Arena pada 26 Januari, diagnosis awal mengesahkan pengurus pasukan berbasikal para negara Mohd Asri mengalami hypertensive intracranial bleed dengan menunjukkan simptom strok.
Pada 29 Januari, Nadi Arena melaporkan bahawa ketua jurulatih berbasikal para negara, Rizal Tisin menyatakan bahawa Mohd Asri akan pulang ke tanahair apabila keadaannya stabil dan mendapat pelepasan daripada pihak Hospital Korat.
Advertisement
Terkini dalam perbualan bersama Mohd Zarrawi Ravi Abdullah, Chef de Mission (CRM) kontinjen Malaysia di Para ASEAN 2025, Zarrawi menyatakan Mohd Asri sudah mendapat pelepasan daripada hospital namun kini perlu menunggu pelepasan daripada pihak lapangan terbang pula untuk pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Andai semuanya berjalan dengan lancar, Mohd Asri dijangka akan tiba di KLIA pada Jumaat dan meneruskan rawatan di Hospital Universiti Putra Malaysia.