Bintang Liverpool, Mohamed Salah, membuat pengumuman akan meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini selepas sembilan tahun di Anfield.
Pengumuman itu dilakukan pemain kelahiran Mesir berusia 33 tahun itu dalam satu posting khas perpisahan di laman Instagram miliknya awal pagi tadi.
Advertisement
Untuk rekod, Liverpool melalui musim ini penuh berliku dengan statistik Salah musim ini juga menunjukkan penurunan ketara.
Salah hanya meledak 10 gol dan sembilan bantuan gol dalam semua pertandingan, jauh berbanding musim-musim sebelumnya. Sebagai perbandingan, pada masa yang sama tahun lalu, Salah mencatat 44 sumbangan gol, dan 34 pada musim sebelumnya. Malah, rekod terendahnya sebelum ini ialah 27 sumbangan gol pada musim 2018-19 dan 2019-20.
Sejak menyertai The Reds pada 2017, Salah telah menjaringkan 189 gol, 92 bantuan jaringan daripada 310 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara keseluruhan.