Skip to main content

Bola Sepak

Mohamed Salah 'sangat penting' -- Pengurus Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

salah

Pengurus Liverpool, Arne Slot, berkongsikan penyerang berprolifik, Mohamed Salah, sebagai 'sangat penting' buat pasukan meskipun tidak diturunkan dalam perlawanan berdepan West Ham dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London, awal pagi tadi.

Salah sekadar memanaskan bangku simpanan dalam beberapa aksi sebelum ini berbanding berada dalam kesebelasan utama, malah dalam aksi awal pagi tadi menyaksikan The Reds kembali ke landasan kemenangan tanpa Salah selepas empat kali tewas sebelum ini.

Advertisement

"Setiap kali saya tidak meletakkan Florian Wirtz, Alexander Isak, Hugo Ekitke mahupun Mohamed Salah, ia adalah mengenai perkara diketahui dan kerana semua pemain sangat luar biasa.

 

 

 

 

"Mo (Salah) memiliki karier yang luar biasa bersama kelab ini dan akan mempunyai masa depan yang sangat baik kerana dia seorang pemain yang istimewa.

"Empat perlawanan dalam 10 hari dan hanya 14 hingga 15 pemain yang tersedia buat pasukan, kemudian anda perlu memutuskan untuk membina barisan tertentu dan memilih barisan terbaik untuk setiap perlawanan.

"Mo sangat penting untuk kelab ini dan akan menjadi penting untuk kelab ini pada masa akan datang." katanya.

 Untuk rekod, penyerang berbisa kelahiran Mesir itu telah mencetak 186 gol sejak menyertai Liverpool pada 2017.

Must Watch Video