Skip to main content

Bola Sepak

MLS denda Lionel Messi

MLS denda Lionel Messi

Bintang Inter Miami, Lionel Messi, dikenakan denda oleh Major League Soccer (MLS) selepas melanggar polisi liga berkaitan tindakan menggunakan tangan ke arah muka, kepala atau leher pemain lawan.

Insiden berlaku pada minit ke-101 ketika Inter Miami seri 2-2 dengan Philadelphia Union Rabu lalu.

Messi bukan satu-satunya pemain Inter Miami yang dikenakan tindakan apabila pertahanan Ian Fray turut didenda atas kesalahan sama.

Ketegangan tercetus pada penghujung perlawanan sehingga menyaksikan Yannick Bright dari Inter Miami dan Cavan Sullivan dari Philadelphia dilayangkan kad merah.

Bagaimanapun, Sullivan terlepas daripada penggantungan selepas kad merahnya dibatalkan menerusi proses rayuan. Panel Semakan Bebas MLS sebulat suara memutuskan insiden tersebut tidak wajar membawa kepada penggantungan.

Sullivan kini boleh beraksi ketika Philadelphia menentang Austin FC.

MLS bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah denda dikenakan terhadap Messi dan Fray.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video