Skip to main content

Tenis

Misteri kesihatan Djokovic terbongkar, punca sebenar tumbang di Cincinnati?

Tenis

Novak Djokovic mendedahkan bahawa satu masalah kesihatan yang dialaminya sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi punca utama penampilan lemahnya pada pusingan kedua Cincinnati Open, ditambah pula dengan cuaca panas dan lembap di Ohio.

Bekas juara nombor satu dunia itu tewas kepada Thiago Agustin Tirante pemain ranking ke-50 dunia dengan keputusan 6-2, 4-6, 4-6 dalam satu perlawanan yang sengit.

Legenda Serbia berusia 39 tahun itu memulakan perlawanan dengan cemerlang, namun mula bergelut secara jelas sejak pertengahan set pembuka.

Ujar Djokovic selepas perlawanan. “Tahniah buat pihak lawan. Sememangnya bukan satu perlawanan yang menggembirakan bagi saya, berdasarkan apa yang saya rasa. Bukan kali pertama, dan saya rasa bukan yang terakhir juga, tapi itulah realitinya,”

Dia turut menjelaskan bahawa isu tersebut bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya kondisi yang sering mengganggunya terutama ketika cuaca panas dan berlembapan tinggi.

Meskipun kalah, juara tiga kali Cincinnati itu masih mengekalkan rekod cemerlang 45-13 di kejohanan berkenaan.

Namun apabila ditanya sama ada bakal kembali bertanding di Lindner Family Tennis Center pada masa hadapan, jawapan Djokovic agak mengecewakan peminat, “Saya amat berharap begitu, tetapi nampaknya kemungkinan besar tidak. Namun, mari kita lihat apa yang bakal berlaku.”

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement