Skuad boling padang negara kini berada di fasa akhir persiapan menjelang Asian Lawn Bowls Championship 2026 yang dijadual berlangsung di New Delhi, India dari 5 hingga 12 April ini.
Ketua jurulatih negara, Fairul Izwan Abd Muin, menegaskan sasaran utama pasukan adalah untuk sekurang-kurangnya mempertahankan lima pingat emas dalam kategori terbuka.
Advertisement
Menurut Fairul, barisan pemain perlu mengekalkan tahap konsistensi tinggi seperti yang dipamerkan pada edisi lalu.
Dia dalam masa sama tidak menolak kemungkinan skuad negara mampu menambah kutipan pingat sekiranya peluang memihak kepada mereka sepanjang kejohanan.
Untuk rekod, Malaysia tampil cemerlang pada edisi terdahulu dengan meraih lima pingat emas, masing-masing dalam acara, perseorangan wanita, pairs wanita, pairs lelaki, triple lelaki, fours lelaki
Kejayaan itu mengukuhkan status Malaysia sebagai antara kuasa besar boling padang di Asia.
Skuad negara kini dilihat berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik dengan fokus diberikan kepada ketepatan balingan, strategi permainan dan kekuatan mental.
Persiapan rapi ini penting bagi menghadapi cabaran sengit daripada negara-negara lain seperti India, Thailand dan Hong Kong yang turut memiliki reputasi kuat dalam sukan ini.
Dengan rekod cemerlang sebagai sandaran dan persiapan rapi menjelang kejohanan, skuad boling padang negara membawa misi besar untuk terus mendominasi Asia.
Jika momentum berjaya dikekalkan, tidak mustahil Malaysia mampu sekali lagi muncul sebagai antara pasukan terbaik di pentas Asian Lawn Bowls Championship 2026.