Skip to main content

Bola Sepak

Misi Harimau Muda pulih maruah di Sukan SEA Thailand 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harimau muda

Jurulatih skuad B-23 negara, Nafuzi Zain, sedar wujudnya harapan besar daripada pemerhati bola sepak negara menjelang Sukan SEA Thailand 2025 pada Disember nanti.

Nafuzi meletakkan syarat wajib mara ke separuh akhir buat anak buahnya agar tidak pulang tanpa pingat, dalam masa yang sama sasaran separuh akhir itu perlu dinoktahkan dengan mengisi slot pentas akhir.

Advertisement

Ia bukan tugasan mudah, namun atas dasar keperluan yang seiring dengan keadaan semasa skuad B-23 tahun perlu tampil berkesan di Thailand nanti.

"Daripada segi sasaran kami tahu dua kejohanan sebelum ini kami tidak berjaya. Yang penting kami mahu mara ke separuh akhir dan seterusnya final lah.

"Aksi bertemu Laos penting buat kami, kemudian berdepan Vietnam untuk sekurang-kurangnya mendapatkan pingat, dan kemudian ke final untuk pingat emas."katanya.

Nafuzi berhadapan dengan kemungkinan hilang lima hingga enam pemain utama menjelang aksi bertemu Laos rentetan tuntutan majikan masing masing yang terikat dengan aksi Liga Super 2025/26 membabitkan pasukan Terengganu, Selangor, Sabah dan Penang.

 

 

Dalam pada itu, kapten B-23 tahun, Ubaidullah Shamsul, nekad mahu membuktikan maruah skuad pelapis dalam temasya dwitahunan itu.

Kegagalan tempoh hari dalam siri Kelayakan Piala Asia B-23 memberikan pengajaran cukup berguna menjelang peluang terakhir skuad Harimau Muda membuktikan kemampuan bahawa mereka adalah skuad yang boleh digantung harap.

"Semestinya ini peluang terakhir untuk membuktikan kualiti kami. Kami perlu menang dan tak ulangi kesilapan dalam perlawanan lalu.

"Kami tak boleh pandang mudah Laos dan kualiti Vietnam. Kejayaan di Sukan SEA dapat menaikkan semangat bola sepak daripada aspek pembanggunan.

"Untuk kejadian lain bukan masalah saya. Kerja saya main bola dan beri keputusan terbaik. Kami akan cuba lakuan yang terbaik," ujarnya.

Untuk rekod, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam dan Laos yang membawa maksud tiada istilah tewas dalam perebutan ke slot separuh akhir.

"Kita tidak boleh kalah, jika boleh menang mudahkan langkah kami ke separuh akhir. Sasaran saya dapat pingat." tambahnya.

Must Watch Video