Skip to main content

Muay Thai

Misi adik-beradik Jojo menang semua aksi bulan ini

Jojo

Petarung muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, akan menentang bintang Jepun, Shimon Yoshinari, dalam acara ONE Samurai 1di Ariake Arena, Tokyo, Jepun hujung bulan ini.

Sebagai rekod, Shimon memiliki rekod kemenangan bersih 4-0 dalam ONE Championship setakat ini dengan dua daripadanya kemenangan TKO.

Advertisement

Jojo, dalam pada itu, memiliki rekod 8-3 dalam ONE Championship dengan pertarungan terakhirnya menyaksikan petarung negara itu menewaskan wakil Myanmar, Ye Yint Naung, dengan keputusan sebulat suara.

Sementara itu, adiknya pula, Mikail Ghazali Zulfikar, dijadualkan menentang lawan yang pernah beraksi dalam ONE Championship, Mungalaos dalam Rajadamnern World Series (RWS) di Bangkok, Thailand pada 18 April ini.

Namun, ia bukanlah asing buat pemenang pingat emas Sukan SEA Thailand itu untuk bertemu petarung yang lebih tua darinya.

Bagi abang sulungnya, Elias Ghazali, yang turut bertanding dalam kejohanan sama akan berdepan wakil tuan rumah dalam kelas lightweight.

Untuk rekod, Elias pernah menewaskan lawan dari Jepun untuk memperbaiki rekod perlawanan 1-1. 

Must Watch Video