"Kalau tak sempat sarapan pagi, memang hari tu rasa terus ke laut, tenaga macam tak cukup dan mood pun boleh jadi lain."
Itu realiti sebenar yang dihadapi ramai rakyat Malaysia dengan tabiat tidak bersarapan pagi yang seakan-akan sudah dinormalisasikan.
Dan itulah yang cuba diubah Milo Malaysia menerusi penganjuran Milo Malaysia Breakfast Day (MBD) 2026 yang memasuki edisi ke-13.
Menurut pengurus jenama Milo Malaysia, Jessica Jane Funk, sebagai minuman pilihan rakyat Malaysia selama 76 tahun, pihak Milo bertekad terus memperkukuhkan peranannya dengan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia merentas generasi.
Apa yang menarik, MBD kali ini dijangka menghimpunkan lebih 70,000 peserta di enam negeri menerusi aktiviti larian dan program pemakanan sihat.
"Kami menggabungkan gaya hidup dan elemen kekeluargaan dalam program ini.
"Langkah ini agar mereka dapat menjalani kegiatan bersama keluarga," katanya.
Dalam pada itu, rata-rata warga kerja Astro Malaysia menyifatkan Milo sebagai “memori zaman kanak-kanak dalam sebuah cawan” yang sering mengembalikan nostalgia seisi keluarga selain menjadi pilihan yang mudah dan praktikal di tengah kesibukan jadual harian.