Skip to main content

Golf

Mijo: Raissa, si autisme yang berbakat besar dalam golf

ll
Advertisement

Meskipun usianya baru mencecah 12 tahun, namun langkah bintang cilik, Raissa Ahmad Zuhaili, dalam golf sudah membawa dia ke satu pencapaian yang bukan mudah untuk digapai.

Golf yang menuntut ketenangan, konsentrasi serta disiplin tinggi dilihat mampu memberikan persekitaran yang sesuai buat sesetengah kanak-kanak autistik untuk mengembangkan potensi mereka.

Advertisement

Di sebalik keistimewaan yang dimiliki sebagai seorang anak autistik, tersembunyi bakat luar biasa yang kini mula mendapat pengiktirafan di peringkat dunia.

"Golf sukan yang menyeronokkan.

Advertisement

"Tak salah nak lepaskan kemarahan kerana ada masanya saya melalui hari yang buruk, tapi tidak boleh melampaui batas," kata juara Kejohanan Remaja Antarabangsa Terbuka Hainan B-15 itu.

Dia membuktikan bahawa keistimewaan yang dimiliki bukan penghalang untuk berdiri sebaris dengan pemain lain dalam Kejohanan Remaja Antarabangsa Terbuka Malaysia (Mijo) di Johor ketika ini.

Malah, kebolehannya dalam sukan golf membawa dia melangkah lebih jauh apabila menembusi senarai kedudukan ranking Golf Amatur Dunia (WAGR).

"Pada awal pendidikannya ketika 4 -6 tahun, cikgu memberitahu mengenai kelakuannya seperti tidak fokus di dalam kelas, selalu hyper dan banyak cakap

"Selepas dibawa untuk menjalani ujian, dia diagnos mempunyai mild autisme, hyper dan masalah pembelajaran.

"Kemudian saya masukkan dia ke dalam sukan. Cabarannya sangat bergantung kepada keadaan sekeliling -- selain daripada segi fizikal seperti fisioterapi -- seperti sekolah dan cikgu.

"Paling penting adalah cara dia menyesuaikan diri. Anak-anak ini boleh dibentuk, sama ada sukan seperti golf. Jangan hadkan kemampuan mereka walaupun walaupun ada yang mengatakan ia bergantung keadaan juga.

"Tapi sukan juga boleh bermula dari rumah, di padang permainan dan sekolah.

"Galakkan mereka, Insya-Allah kalau asasnya bagus, letakkan dalam apa-apa sukan sekalipun mereka boleh ke mana-mana," kata ibu Raissa, Liyana Abd Rahman, dalam laporan khas wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video