Tempoh dua dekad adalah satu tempoh perjalanan yang cukup lama.
Banyak perubahan yang berlaku dalam landskap golf Malaysia, namun figura 'Iron Lady' ini masih kekal dengan misi memastikan pembangunan sukan itu terus bergerak ke hadapan.
Bermula sebagai sebahagian daripada keluarga Persatuan Golf Malaysia (MGA) 24 tahun lalu, perjalanan panjang itu meletakkan Timbalan Pengurus Besar MGA, Sara Ismail, antara figura penting di sebalik tunjang pentadbiran dan pembangunan golf negara selain muncul sosok penting dalam penganjuran Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Terbuka Malaysia.
"Golf merangkumi semua aspek.
"Anda boleh jadi pemain terbaik dan menjana ekonomi tempatan.
"Ketika kami memulakan sekolah golf di Kedah, salah seorang anak tempatan berkata bahawa golf boleh membawa seseorang itu keluar daripada kemiskinan.
"Sejak NJDP (Program Pembangunan Junior Kebangsaan) elit ditubuhkan, kita sudah dapat bersaing dengan negara yang lebih maju dalam sukan ini.
"Walaupun pada suatu ketika kita sudah ke hadapan, tetapi kini Thailand pula tampak lebih ke depan.
"Kami menggunakan sumber kewangan untuk mengadakan program asas golf seperti di sekolah dan mana-mana organisasi yang sudi menaja.
"Ia peluang untuk kami memperkenalkan golf kepada masyarakat," katanya.