Bek kiri Penang, Adib Abdul Ra'op, memohon maaf kerana aksi agresifnya hingga menyebabkan rakan sepasukan terpaksa beraksi dalam situasi tempang dalam sebahagian besar permainan ketika seri tanpa jaringan ketika berdepan Imigresen, Sabtu lalu.
Skuad Harimau Kumbang terpaksa bekerja keras berikutan insiden Adib yang dibuat padang menuju rehat babak pertama itu, ia secara tidak langsung merencatkan usaha Penang yang kini menduduki tangga kesembilan untuk melonjak ke pertengahan liga.
Advertisement
Malah, Adib sempat bertikam mula dengan penyokong sendiri dalam pertemuan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar itu.
Adib sebelum ini digantung satu perlawanan gara-gara mengutip kad kuning kedua ketika berdepan Kuala Lumpur Januari lalu.
Sehubungan itu, Adib berazam untuk terus menajamkan corak permainannya bagi mengelak insiden yang tidak diingini, lebih-lebih lagi bakal berdepan cabaran getir merebut MFL Challenge Cup bertemu Sabah, Ahad ini.