Skip to main content

Bola Sepak

MFL aktifkan kempen anti dadah, gangsterisme

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

MFL

Tolak budaya gejala negatif termasuk penyalahgunaan dadah dan aktiviti keganasan dalam bola sepak tempatan.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan semalam melancarkan kempen anti dadah dan gangsterisme secara menyeluruh bagi memastikan integriti bola sepak tempatan terjaga dan terpelihara.

Advertisement

Langkah tersebut sebagai inisiatif membanteras segala perkara buruk dalam pertandingan di bawah penganjuran MFL selaku pengelola Liga Malaysia (Liga-M).

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran kepada semua pihak khususnya penyokong-penyokong agar tidak terjerumus dengan gejala dadah, keganasan atau gangsterisme yang sememangnya amat bertentangan dengan semangat kesukanan serta nilai-nilai murni yang ingin diterapkan dalam sukan bola sepak.

MFL juga akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan agensi berkaitan bagi memastikan Liga-M terus berkembang dengan persekitaran yang positif, selamat dan berintegriti.

Setiap peminat harus bertanggungjawab memastikan sekeliling selamat dan bebas menyokong tanpa perlu menggunakan keganasan. 
 

Must Watch Video