Skip to main content

Bola Sepak

Messi pemain paling banyak sumbang bantuan gol selepas Puskas, Pele

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lionel messi

Pemain kebangsaan Argentina, Lionel Messi, menjadi pemain paling banyak menyumbangkan bantuan jaringan sepanjang zaman selepas Ferenc Puskas dan legenda Brazil, Pele.

Pemain Inter Miami berusia 38 tahun itu kini telah melakukan sebanyak 405 bantuan jaringan sepanjang karier bola sepaknya sekali gus menyaksikan dia mengatasi rekod milik Puskas (404) diikuti Pele (369), Johan Cruyff (358), Thomas Muller (352), Luis Suarez (317) dan Kevin De Bruyne (316).

Advertisement

 

 

Pemenang Ballon d'Or lapan kali itu melakukan bantuan jaringan bagi melengkapkan rekod ke 405 itu ketika membantu rakan sepasukan, Mateo Silvetti, mencipta jaringan pada minit ke-67 untuk Inter Miami menewaskan New York City 5-1 dalam kempen Major League Soccer (MLS) semalam.

Untuk rekod, penjaring terbanyak sepanjang zaman Barcelona denganrekod 672 gol itu akan terus memperkuat Inter Miami sehingga 2028.

Must Watch Video