Skip to main content

Bola Sepak

Messi hanya selangkah daripada 900 gol!

lionel messi

Bintang dunia bola sepak, Lionel Messi kini hanya memerlukan satu lagi jaringan untuk mencapai 900 gol dalam kariernya selepas menjaringkan gol buat Inter Miami ketika menentang D.C. United, pagi tadi.

Pemain sensasi Argentina berusia 38 tahun itu menjaringkan gol kedua pasukannya pada pertengahan babak pertama menerusi satu penyudah tenang.

Advertisement

Sejak menyertai Inter Miami pada Jun 2023, pemenang lapan kali Ballon d'Or itu telah meledak 80 gol bersama kelab tersebut.

Sepanjang kariernya, Messi menjaringkan 672 gol bersama Barcelona, 32 gol dengan Paris Saint-Germain dan 115 gol untuk pasukan kebangsaan Argentina.

Messi berpeluang mencatat detik bersejarah itu apabila Inter Miami dijadual berdepan Nashville SC pada 11 Mac ini.

Jika berjaya mencapai angka tersebut, Messi akan menyertai seteru utamanya, Cristiano Ronaldo, yang menjaringkan gol ke-900 kariernya ketika menentang Croatia pada September 2024.

Must Watch Video