Skip to main content

Bola Sepak

Mesin gol atas padang, Erling Haaland tetap dalam hati ada taman

Haaland

Bukan sekadar watak penting di Manchester City -- Haaland turut muncul wira Norway dalam pentas Piala Dunia 2026 apabila memainkan peranan besar membawa negaranya mara ke suku akhir lakar sejarah buat kali pertama sejak menewaskan Brazil 2-1 menerusi jaringannya sekali gus, menyaksikan dia muncul salah seorang calon pemain terbaik dunia.

Di sebalik kejayaan di atas padang, Haaland turut memiliki tulang belakang yang terus memberinya sokongan padu -- Isabel Haugseng Johansen yang sudah mengenalinya sejak kecil kerana membesar di Bryne, Norway. Malah pernah bermain bola sepak di kelab komuniti yang sama. Dan, hubungan mereka sudah mula berputik sejak sebelum Haaland menjadi bintang bola sepak bertaraf dunia.

Apabila Haaland berhijrah demi mengejar impian sebagai pemain profesional, mereka membawa haluan masing-masing untuk seketika sebelum kembali bertemu beberapa tahun kemudian.

Isabel merupakan individu yang terlebih dahulu menghubunginya semula, dan sejak itu mereka terus bersama menyaksikan Isabel sentiasa berada di sisi Haaland melalui pelbagai detik penting dalam karier termasuklah meraikan kejayaan di Piala Dunia bersama keluarga.

Walaupun bergelar pasangan kepada antara atlet paling terkenal di dunia, Haaland dan Isabel memilih untuk menjalani kehidupan yang sederhana serta jauh daripada perhatian umum. Mereka seterusnya dikurniakan cahaya mata pertama pada 2024 dan terus mengekalkan privasi keluarga. 
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video