Pemenang tiga kali pingat emas Kejuaraan Asia, Josiah Ng, sempat berkongsi pandangan mengenai masa depan cerah kem berbasikal trek negara yang disifatkan berada di landasan terbaik menuju ke Sukan Komanwel Glasgow yang akan berlangsung pada Julai 2026.
Ia, susulan pencapaian atlet muda negara menggondol empat emas dan satu perak dalam Sukan SEA Thailand, selain kejayaan cemerlang Datuk Azizulhasni Awang serta Izzah Izzati Asri di Australia bagi perlumbaan Austral Wheelrace baru-baru ini.
Advertisement
Aspek persediaan atlet yang lengkap termasuk kelengkapan serta barisan kejurulatihan terbaik tidak boleh disia-siakan barisan pelapis negara bagi memastikan prestasi mereka terus konsisten.
"Ia adalah masa yang bersesuaian untuk mereka terus bersinar.
"Sukan SEA adalah kejohanan pertama yang patut dimenangi.
"Mereka sangat bertuah kerana memiliki banyak sokongan, kewangan dan kepakaran jurulatih.
"Kita dalam landasan terbaik.
"Azizulhasi berkemungkinan akan bersara, namun saya tidak pasti.
"Shah Firdaus Sahrom juga mempunyai masa. Kita tidak boleh terlalu mengharapkan pelumba senior," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
