Skip to main content

Bola Sepak

MEP desak FIFA siasat Infantino

MEP

50 Ahli Parlimen Eropah (MEP) menyeru supaya jawatankuasa etika Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjalankan siasatan ke atas presidennya, Gianni Infantino, berhubung mengurniakan Anugerah Keamanan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Sebelum ini, Persekutuan Bolasepak Norway (NFF) secara rasmi telah menyokong aduan terhadap Infantino atas dakwaan pelanggaran peraturan berunsur politik dalam badan pentadbir bola sepak dunia itu.

MEP difahamkan telah menandatangani petisyen mendesak aduan dikemukakan.

Surat bertarikh 29 Jun yang didedahkan itu menyatakan kod etika FIFA mewajibkan Infantino untuk 'kekal berkecuali daripada segi politik'.    

Orang ramai turut mempersoal adakah penganugerahan itu dibuat oleh Majlis FIFA, biro majlis berkenaan, atau secara unilateral oleh Infantino sendiri.

Untuk rekod, MEP juga merupakan badan yang bertanggungjawab menggesa presiden sebelumnya, Sepp Blatter, meletakkan jawatan pada 2015.

Surat itu turut mengkritik hubungan FIFA dengan Arab Saudi yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 selain perjanjian penajaan terbaru FIFA dengan syarikat minyak dan gas nasional negara itu, Saudi Aramco.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video