Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Menteri besar Johor nafi JDT guna dana awam

JDT

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menafikan sumber awam disalurkan kepada kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).

Onn Hafiz dalam satu kenyataan di laman sosial sebentar tadi tampil bagi menjelaskan satu maklumat yang sedang tular yang mengaitkan wang rakyat negeri itu.

Advertisement

"Kerajaan Negeri Johor memandang serius penyebaran maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan di media sosial berhubung dakwaan bahawa sebahagian besar hasil kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kononnya datang daripada sumber awam atau kerajaan.

Seperti yang telah dijelaskan oleh pihak JDT, rujukan kepada Majlis Sukan Negeri Johor dan saluran berkaitan kerajaan dalam penyata kewangan adalah prosedur pentadbiran biasa dalam ekosistem penajaan sukan negara. Banyak penajaan daripada syarikat swasta disalurkan melalui Majlis Sukan bagi tujuan tadbir urus dan pelepasan cukai. Oleh itu, angka yang dipetik oleh pihak tertentu tidak boleh disamakan sebagai pembiayaan langsung kerajaan terhadap operasi kelab.

 

 

 

 

 

Pada masa yang sama, sebarang geran atau sumbangan kerajaan yang disalurkan adalah khusus untuk pembangunan sukan akar umbi, termasuk program pembangunan bola sepak belia, kejohanan di peringkat daerah serta pengukuhan ekosistem bola sepak negeri melalui Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PNBJ) dan persatuan daerah. Dana tersebut bukan disalurkan bagi tujuan operasi pasukan profesional JDT.

Kerajaan Negeri berharap semua pihak lebih bertanggungjawab dan berhemah dalam menyemak fakta sebelum membuat sebarang tuduhan atau kesimpulan. Penyebaran maklumat yang tidak tepat bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah berpotensi menjejaskan usaha berterusan untuk membangunkan ekosistem sukan yang sihat dan profesional di negeri Johor," tulisnya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, turut menjawab spekulasi yang berlegar.

 

 

Must Watch Video