Skip to main content

Badminton

Menteri belia dan sukan sedia usahakan dana tambahan buat BAM

BAM

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohd Taufiq Johari, melaungkan bahawa badminton adalah aset penting untuk meraih pingat emas dalam menyokong cadangan menjadikan Stadium Juara sebagai tempat latihan khusus skuad badminton.

Ia bagi membolehkan pembahagian jumlah atlet badminton negara berlatih pada satu masa.

Advertisement

Inisiatif untuk Stadium Juara dibuka demi aktiviti latihan badminton kebangsaan adalah berdasarkan perkara-perkara yang dibangkitkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sendiri, dalam usaha memudahkan barisan atlet mereka berlatih.

"Kami telah mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa BAM pada dua minggu lalu.

"Stadium ini mempunyai kemudahan logistik, mungkin selepas raya kami akan buat keputusan terbaik demi atlet.

"Ia juga akan memudahkan dan menjimatkan masa jurulatih untuk ke sana," katanya.

Taufiq juga berkongsi bahawa perbincangan selanjutnya bakal dilakukan bersama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) selepas cuti raya Aidilfitri tentang perkara ini.

Taufiq -- yang ditemui ketika lawatan pertamanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM) -- juga tidak menolak cadangan mengenai dana tambahan buat badminton negara dalam masa terdekat.

"Kami akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mencari jalan terbaik bersama-sama.

"Badminton adalah sukan utama dan Insya-Allah KBS (Kementerian Belia dan Sukan) akan berikan perhatian.

"Kami akan sentiasa mengenal pasti ruang dan cara untuk bantu atlet di peringkat antarabangsa," katanya. 
 

Must Watch Video