Skip to main content

Ping Pong

Mengapa Ashraf Haiqal bukan lagi jurulatih ping pong para negara?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Syarizal

Pengurus pasukan ping pong para negara, Dr. Syarizal Abdul Rahim, mengakui kem negara masih 'merindui' air tangan jurulatih kebangsaan, Ashraf Haiqal, dalam mengemudi skuad negara berdepan kejohanan tertentu.

Biarpun perbezaan kadar gaji difahamkan menjadi faktor yang mempengaruhi keputusan Ashraf untuk tidak menyambung kontraknya, namun Syarizal menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

Advertisement

Syarizal juga mengesahkan nama calon paling hampir, Mohamad Syazwan Salmi, pertimbangan untuk menggantikan Ashraf.

"Kami bersedih kerana kehilangan jurulatih yang bagus.

"Pada tahun lalu, pihak persatuan membawa dia kembali dari Dubai.

"Majlis Sukan Negara (MSN) menawarkan gaji yang tinggi dan sudah melengkapkan tempoh satu tahun.

"Tetapi, pihak MSN tidak dapat memberi gaji seperti tahun sebelumnya.

"Pihak persatuan ada bertanya kepada MSN sendiri. Jawapannya, kerana Ashraf mempunyai majikan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

"Jadi dia memiliki dua sumber gaji. MSN hanya boleh membayar RM700 sahaja sebulan.

"Pihak persatuan mencadangkan nama Syazwan. Seorang bekas pemain yang baru menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," katanya eksklusif di Nadi Arena.

Must Watch Video