Menara Kuala Lumpur terus mengukuhkan peranannya sebagai hab pelancongan dan promosi sukan dunia selepas dipilih sebagai salah satu destinasi Siri Jelajah Zon Peminat menjelang musim baru MotoGP.
Perkara itu sekali gus membuka dimensi baru dalam usaha memperkenalkan sukan permotoran kepada khalayak tempatan dan antarabangsa.
Advertisement
Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan KL Tower, Aemizureen Kamarudin, menyifatkan penglibatan itu sebagai satu penghormatan besar buat menara ikonik negara itu, lebih-lebih lagi apabila inisiatif berprestij itu melibatkan jenama sukan bertaraf dunia seperti MotoGP.
"Secara signifikannya kita dengan Visit Malaysia 2026 jadi secara tidak langsung kami meraikan 30 tahun ulang tahun kami.
"Jadi apa yang kami lakukan adalah untuk memberikan kelainan, pertama kali kami menjadi hos, kamu berharap ramai orang dapat melihat kewibawaan dalam memperagakan sukan globa," katanya.
Meskipun ia hanyalah sesi 'winter testing' namun keterujaannya tetap berjaya menambah peminat permotoran tanah air yang sedang menghitung hari untuk menantikan pelumba kegemaran mereka.
"Saya sangat menunggukan jentera yang akan ditampilkan, nampak berbeza daripada segi reka bentuk, dan pembaharuan kerana itu yang saya nantikan."tambah penyokong yang hadir, Muhd Habib Muhd Yusof.