Skip to main content

Bola Sepak

Menangis! Kemenangan pertama selepas 148 hari, secara rasmi jadi pasukan ke-92 musim ini

Spurs
Advertisement

Akhirnya tercapai!

Tottenham Hotspur meraih kemenangan pertama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 148 hari apabila menewaskan Coventry City 3-1 di laman sendiri awal pagi tadi.

Advertisement

Spurs merupakan kelab terakhir daripada 92 kelab dalam liga bola sepak England yang berjaya mencatat kemenangan pada musim ini.

Kemenangan ini membolehkan mereka keluar daripada kedudukan tercorot EPL dan naik ke tangga ke-16 dengan enam mata daripada tujuh perlawanan, satu anak tangga di hadapan Coventry.

Advertisement

"Kami sangat gembira dengan keputusan ini dan kami bermain jauh lebih baik berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini.

"Penting bagi kami untuk mendapatkan kemenangan ini," kata pengurus Tottenham, Roberto De Zerbi.

James Maddison diturunkan dalam kesebelasan utama buat kali pertama sejak Mei 2025 dan meraikannya dengan jaringan pembukaan yang memukau, sekali gus menceriakan para penyokong tuan rumah.

Lebih menarik lagi, Omar Marmoush menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu sejak berpindah dari Manchester City menerusi rembatan deras dari jarak 25 ela, sebelum Ben Davies menambah gol ketiga pada lewat perlawanan.

Setelah membelanjakan lebih daripada 308 juta paun pada jendela perpindahan lalu sebagai sebahagian daripada projek pembinaan semula besar-besaran di bawah kendalian pengurus, akhirnya terdapat tanda-tanda peningkatan bagi pasukan ini, susulan pengalaman getir hampir tersingkir ke liga bawahan pada musim lalu.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video