Skip to main content

Memanah

Memanah MSSM: Penampilan pertama Arif Arsyad butirkan emas berganda

j

Saingan hari pertama Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 berlangsung rancak dengan saingan sengit dipamerkan peserta dari seluruh negari bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Shah Alam, hari ini.

Meskipun tampil kali pertama di pentas ini, ia tidak menghalang dua pemanah Majlis Sukan Sekolah (MSS) Selangor, Arif Asryad Abdul Rahman dan Muhammad Darwish Noorazli, mendominasi acara recurve lelaki bawah 12 dan 15 tahun.

Arif Arsyad sama sekali tidak menyangka untuk menuai dua pingat emas dalam kejohanan terbesar yang pernah disertainya.

Pelajar darjah enam Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih Gombak -- yang menggondol emas menerusi jarak 30 meter serta 40 meter -- itu memasang impian untuk mencipta sejarah bukan sahaja buat dirinya, malah juga buat sekolah dan negeri Selangor.

"Saya sebenarnya tidak berapa yakin kerana ini kali pertama beraksi dalam MSSM," kata Arif Arsyad.  

Sementara itu, Muhammad Darwish Noorazli berkata cabaran utamanya di pentas ini ialah untuk kekal konsisten dengan panahan terbaik dalam usaha bantu Majlis Sekolah Sukan (MSS) Selangor muncul juara keseluruhan memanah dalam edisi ini.

"Saya hanya dipisahkan hanya satu mata dalam 100m untuk meraih perak, jadi saya anggap tiada rezeki.

"Berdasarkan rekod 60m pula, saya memang yakin untuk sumbangkan emas," katanya.

Sementara itu, dalam kategori wanita B-18, pemanah MSS Perlis Nur Qaireen Umairah Norazlizal cemerlang dengan satu emas dan satu perak menerusi jarak 60 meter serta 70 meter.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video