Biarpun hadir dengan warga baru dalam Sukan Olimpik, skuasy seharusnya diangkat sebagai prospek medal buat Malaysia, malah adalah mustahil untuk menidakkan peluang mereka meleburkan penantian pingat emas negara menerusi Ng Eain Yow dan S.Sivasangari.
Kontinjen skuasy cemerlang membawa pulang empat pingat emas dan satu gangsa dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya yang lalu, yang mana atas tiket itu Eain Yow mencipta sejarah menjadi pemain skuasy pertama yang layak ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.
Perseorangan negara itu mempunyai dua tahun lagi untuk tempoh persiapan ke LA2028.
Pemain wanita negara, Sivasangari, tampak di landasan tepat apabila kini menduduki tangga kelima dunia.
Perguruan di Prague, Czechia, telah memberi satu dimensi baru tahap permainannya, dengan kekuatan mental menjadi senjata utama dalam pengembangan kariernya.
Sementara itu, Eain Yow di luar kelompok 10 terbaik dunia -- di ranking ke-18.
Dia -- yang pernah mengecapi kejuaraan remaja dunia 10 tahun lalu -- melaungkan hajatnya untuk menawan segala kejuaraan, dunia mahupun Sukan Olimpik.
Lebih-lebih lagi sudah boleh fokus kepada kestabilan latihan apabila kini berpangkalan di Bristol, England.
Mesir menjadi halangan terbaik apabila memiliki lima wakil dalam 10 perseorangan terbaik lelaki, begitu juga bagi saingan wanita dengan tiga ratu Mesir menguasai tiga tempat teratas.
Mereka kini adalah jaguh Asia dan tidak mustahil untuk mereka menawan puncak dunia menerusi aspirasi yang dicanangkan sebaik ditabalkan juara di Nagoya yang lalu.
Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Gerard Monteiro, agar legasi sukan yang dipelopori Datuk Nicol David yang mengecapi sembilan kejuaraan dunia itu terus mencipta kejayaan lebih besar dan kekal menjadi harapan negara untuk tempoh yang panjang.
SRAM menaruh dana tambahan daripada kerajaan demi memastikan pelapis dari skuasy terus dilahirkan.