Kejayaan atlet diukur dengan pingat dan gelaran, menjuarai trofi domestik mahupun di peringkat antarabangsa.
Ia mampu menginspirasi serta mendorong generasi baru menceburi dunia sukan, selain merancakkan ekosistem sukan negara ke arah yang positif dengan bagaimana kerja keras mereka mencabar had keupayaan diri mereka sendiri demi merangkul gelaran.
Dalam sukan badminton, sekiranya perkara itu tidak berlaku, ia bukanlah penamat akan sesebuah kerjaya, namun satu petanda mencari langkah lebih efektif sebelum kembali ke landasan terbaik semula.
Baru-baru ini, negara dikejutkan apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil tindakan untuk memisahkan gandingan nombor satu negara Aaron Chia (29)-Soh Wooi Yik(28), buat sementara waktu bermula Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2026 ini.
Soh Wooi Yik akan digandingkan dengan Man Wei Chong - yang bergelut dengan kecederaan-, sementara Aaron Chia pula akan kembali berpasangan dengan Tee Kai Wun yang merupakan bukan kali pertama sejak memenangi emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) edisi 2018.
Persoalannya, adakah langkah gandingan ‘bidan terjun’ itu efisien buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik dua edisi berturut-turut itu ?
Scratch Pair bukanlah perkara baru dalam kem badminton negara, malah ini antara beregu dunia yang melakar kejayaan selepas menjadi gandingan bidak terjun;
1. Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong (Malaysia)
Pencapaian: Pingat emas Sukan Asia 2006
- Koo Kien Keat pada awalnya bersama Chan Chong Ming (pernah memenangi pingat gangsa Kejohanan Dunia 2005).
- Tan Boon Heong pula merupakan Juara Remaja Dunia 2004 bersama Hoon Thien How.
2. Lee Yong-dae dan Yoo Yeon-seong (Korea Selatan)
Pencapaian: Dua pingat emas Kejohanan Asia (BAC)
- Bekas pemain nombor satu dunia, Yong-dae pada awalnya bersama Jung Jae-sung dan Yeon-seong pula bersama Ko Sung-hyun
3. Fu Haifeng dan Zhang Nan (China)
Pencapaian: Pingat emas Sukan Olimpik Rio
- Pada awalnya Fu Haifeng bersama Cai Yun (pernah menang pingat emas Sukan Olimpik London 2012), sementara Zhang Nan bersama Zhao Yunlei
Namun, adakah langkah scratch pair buat wakil negara yang berada di ranking ketiga dunia itu sudah terlambat atau sebaliknya?