Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Meledak: Mesin gol Liga-M gempur Piala ASEAN FIFA

,

Di atas kertas, jurulatih sementara kebangsaan, Tan Cheng Hoe, memiliki segala ramuan dalam usaha Harimau Malaya menyajikan prestasi terbaik.

Matlamat barisannya dalam Piala ASEAN FIFA setidak-tidaknya ke final dalam edisi pengenalan sulung ini.

Terlebih dahulu mereka perlulah menjadi juara Kumpulan A memandangkan tidak tiket perebutan separuh akhir.

Cheng Hoe juga membawa misi peribadi, untuk kembali mengisi jawatan tersebut dan ini menjadi medannya untuk memenangi hati barisan kepimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Berbanding Piala Hyundai AFF, kejohanan ini termasuk dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), maka pemain terbaik Liga Malaysia (Liga-M) bakal dipertaruhkan.

Tiga pemain naturalisasi baharu dari Johor Darul Ta'zim (JDT) yang diketuai Bergson da Silva, merupakan kelahiran Brazil menjadi perbualan ramai.

Dengan enam jaringan yang sudah disumbangkan musim ini, Bergson hadir dengan pakej rekod gol terbanyak sepanjang zaman Liga Super iaitu 137 sentuhan penyudah.

Selain itu, ramai yang teruja dengan kelibat Brad Trapp (warisan) dan Manuel Hidalgo (Argentina).

Mana lagi kalau bukan di Gelora Bung Karno, Jakarta, yang menjadi gelanggang keramat Sang Garuda selain satu perlawanan di Si Jalak Harupat.

Sejak beberapa ketika, pertemuan ini dicanang-canang peminat lebih awal termasuk dalam perlawanan persahabatan.

Nah, kini kedua-dua berjodoh di peringkat Kumpulan A dengan Indonesia akan bertindak sebagai tuan rumah.

Namun, ujian awal Harimau Malaya adalah Bangladesh pada Jumaat ini -- dengan jadual aksi akan berselang setiap tiga hari -- sebelum berentap dengan Indonesia dan Singapura.  

 

 

 

Skuad Harimau Bengal itu kini tidak kurang hebatnya dengan nama besar di pentas antarabangsa, dan antara yang menunjangi pasukan adalah Hamza Choudhury (Sheffield United), Farhaan Ali Wahid (Boreham Wood) dan Shamit Shome (NY Cosmos) yang berpangkalan di luar negara.

Biarpun dua aksi bertemu jiran ASEAN, Vietnam dan Singapura kurang memberangsangkan, pengalaman pengendalinya, Thomas Dooley, bersama Sri Pahang, memberinya sedikit panduan mengenai kancah Liga Malaysia.

Kemudian aksi yang ditunggu-tunggu pun tiba, Malaysia perlu berdepan 10 pemain yang beraksi di Eropah yang diketuai Elkan Baggott, sekalipun kehilangan Jay Idzes di bahagian benteng.

Singapura yang juga menggunakan jurulatih sementara, Gavin Lee, pula menyenaraikan 19 tonggak daripada skuad Piala Hyundai AFF yang membawa mereka separuh akhir.

Dengan kehadiran beberapa tonggak berpengalaman seperti Hariss Harun, Safuwan Baharuddin dan Faris Ramli, juga mengintai kembali meletakkan mereka sebagai pencabar yang disegani.

 

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement