Skip to main content

Sukan Asia

Meledak: Menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya, di mana kekuatan sebenar kontinjen negara?

aichi nagoya

Sukan Asia sering dilihat sebagai temasya sukan kedua terbesar untuk mengukur keberkesanan program sukan negara selepas Sukan Olimpik.

Edisi ke-20 temasya sukan terbesar benua Asia itu akan membuka tirai pada 19 September ini dengan Wilayah Aichi di Jepun dan bandarnya, Nagoya, akan bertindak selaku tuan rumah.

Malaysia akan mempertaruhkan kekuatan 356 atlet yang akan bertanding dalam 30 jenis sukan merangkumi 40 disiplin dan 18 acara.

Dengan sasaran pingat ke temasya itu dijangka akan diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Dr. Taufiq Johari, dalam Majlis Penyerahan Jalur Gemilang esok, adalah baik untuk kita menelusuri kekuatan sebenar yang boleh diandalkan kontinjen negara ke temasya itu.

Jika edisi lalu dijadikan ukuran, kekuatan utama kontinjen negara akan terletak kepada sukan skuasy, di mana Malaysia ketika di Hangzhou pada 2023 memenangi tiga pingat emas daripada keseluruhan lima acara yang dipertandingkan dalam sukan itu, masing-masing menerusi acara perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan berpasukan wanita.

Dengan prestasi skuad skuasy negara yang dilihat semakin matang, tumpuan kontinjen negara sudah pasti akan berpusat di Takeda Teva Ocean Arena, Nagoya dari 23 September hingga 2 Oktober depan.

Kita asingkan dahulu sukan skuasy untuk melihat sukan-sukan lain yang berkemungkinan boleh menjadi penyumbang pingat emas buat kontinjen negara.

Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) muncul persatuan paling berani apabila lebih awal mengumumkan sasaran mereka dalam temasya itu.

PSM meletakkan sasaran dua final dan satu pingat emas dengan bonus tambahan satu lagi emas, masing-masing bagi acara regu lelaki dan regu berpasukan lelaki.

Ia dilihat sesuatu yang boleh terlaksana berdasarkan reputasi skuad sepak takraw negara selaku juara acara regu berpasukan lelaki dalam Kejohanan Piala Dunia ISTAF dan pemenang pingat emas berganda acara regu dan regu berpasukan lelaki dalam Sukan SEA Thailand tahun lalu.

Selain itu, kejayaan skuad angkat berat negara membawa pulang lima pingat emas daripada Sukan Komanwel Glasgow pada Julai lalu juga perlu diberikan perhatian.

Sukan Asia juga sentiasa menyajikan pingat emas kejutan daripada sukan-sukan yang tidak berada dalam sasaran pingat emas.

Dalam edisi 2022, kem karate negara tidak diletakkan sebagai prospek emas ekoran prestasi hambar dalam beberapa siri kejohanan terdahulu.

Bagaimanapun, Arif Afifuddin Ab Malik melakukan kejutan luar biasa apabila menumbangkan jaguh dunia dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik dari Kazakhstan, Daniyar Yuldashev, dalam perlawanan akhir cara kumite -84kg Lelaki

Sasaran pingat masih belum diumumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ketika ini tetap jika kesemuanya berlangsung seperti yang diharapkan, adalah tidak mustahil untuk kontinjen negara melangkaui pencapaian enam pingat emas seperti yang diraih di Hangzhou tiga tahun lalu.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement