Skip to main content

Sukan Lain

McGregor tetap bawa pulang RM132 juta meskipun tewas dalam tempoh 69 saat

xx

Conor McGregor tetap membawa pulang bayaran lumayan meskipun kemunculan semulanya ke oktagon selepas lima tahun berakhir dengan kekalahan hanya dalam tempoh 69 saat kepada Max Holloway pada UFC 329 di Las Vegas.

Bekas juara dunia dua divisyen UFC itu dilaporkan menerima bayaran asas sekurang-kurangnya AS$15 juta (RM63 juta), dengan jumlah keseluruhan pendapatan daripada pertarungan itu dipercayai melebihi AS$30 juta (RM132 juta) termasuk hasil bayaran tontonan (pay-per-view), tajaan dan pampasan promosi.

Namun, aksi yang dinanti-nantikan itu berakhir dengan mengecewakan apabila McGregor, 37, mengalami kecederaan lutut kanan selepas melakukan tendangan 'roundhouse' pada awal pusingan pertama.

Pengadil Mike Beltran menghentikan pertarungan selepas petarung Ireland itu terjatuh beberapa kali sambil memegang lututnya, sekali gus memberikan kemenangan Technical Knockout (TKO) kepada Holloway.

McGregor yang kali terakhir beraksi pada 2021 ketika tewas kepada Dustin Poirier akibat kecederaan patah kaki, sebelum ini menganggap pertarungan semula menentang Holloway sebagai antara kemunculan semula terbesar dalam sejarah sukan.

Pertemuan itu turut mengimbau semula pertarungan pertama mereka pada 2013 apabila McGregor menewaskan Holloway menerusi keputusan sebulat suara dalam kategori featherweight.

Bagaimanapun, Holloway meluahkan simpati terhadap bekas lawannya itu dan mengakui cuba meminta pengadil menghentikan pertarungan selepas menyedari McGregor mengalami masalah kecederaan.

"Saya dapat merasakannya. Perubahan pada riak wajah dan gerak-gerinya jelas kelihatan. Saya hanya berharap dia cepat pulih," kata Holloway. - Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Must Watch Video