Skip to main content

Berita Sukan Am

MBPJ-Soh Wai Ching eratkan kerjasama

j

"Bagai isi dengan kuku", itu pepatah yang paling sinonim untuk jalinan kerjasama erat di antara pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sejak empat tahun lalu.

Di sebalik kejayaan atlet negara itu menakluk ranking nombor satu dunia, MBPJ turut memainkan peranan penting dalam menyediakan platform yang membantu memperkukuhkan kedudukannya di pentas antarabangsa.

Kejayaan tersebut bukan sahaja mengangkat nama Wai Ching, malah turut meletakkan Petaling Jaya di bawah radar sebagai pusat pembangunan dan penganjuran larian menara yang terkemuka.

Tidak mahu kejayaan itu sekadar menjadi sejarah, MBPJ memilih untuk meneruskan kerjasama strategik dengan misi yang cukup jelas iaitu memastikan Wai Ching terus mempertahankan gelaran pelari menara nombor satu dunia.

"Ini satu kejayaan, nama Soh Wai Ching menjadikan satu model yang boleh diikuti generasi muda.

"Dengan penajaan ini, saya mahu dia kembali sebagai pelari nombor satu," kata Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Zahri Samingon.

Wai Ching pula menyahut seruan itu, seiring sempena ulang tahun ke-20 MBPJ dengan berkata: "Biarpun masih dianggap baru tapi MBPJ telah menerima banyak pengiktirafan dan saya jangkakan ia akan berterusan pada tahun ini."

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video