Skip to main content

Bola Sepak

Mbappe menyamai rekod Ronaldo ketika Real Madrid tewaskan Sevilla

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Mbappe menyamai rekod Cristiano Ronaldo

Kylian Mbappe menyamai rekod gol kelab Cristiano Ronaldo dalam tahun kalendar dan Jude Bellingham juga menjaringkan gol ketika Real Madrid menewaskan Sevilla 2-0 dalam aksi La Liga.

Bintang Perancis, Mbappe, menyamakan jumlah 59 gol Ronaldo yang dilakukan tahun 2013 dengan menjaringkan sepakan penalti, selepas Bellingham meletakkan Madrid di hadapan dengan tandukan separuh masa pertama.

Advertisement

Kemenangan itu membolehkan Los Blancos, di tempat kedua, merapatkan jurang dengan pendahulu Barcelona kepada satu mata sebelum pasukan Catalan itu melawat Villarreal.

"Untuk melakukan seperti yang dilakukan oleh Cristiano, idola saya, pemain terbaik dalam sejarah Real Madrid dan pemain terbaik dunia, ia satu penghormatan bagi saya," kata Mbappe.

Mendapat kemenangan ketiga berturut-turut dalam semua pertandingan, selepas hanya berjaya menjaringkan dua gol dalam lapan perlawanan sebelumnya, sedikit sebanyak mengurangkan tekanan ke atas jurulatih Xabi Alonso walaupun prestasinya masih kurang memuaskan.

"Kami mempunyai sedikit masa sekarang untuk menganalisis dan merenungkan di mana kami berada sekarang," kata Alonso.

"Kami mahu melakukan yang lebih baik, kami mengkritik diri sendiri, kami mendapat tiga mata dan sekarang kami akan menggunakan masa ini dan cuba memulakan tahun hadapan dengan lebih baik."

Must Watch Video