Skip to main content

Bola Sepak

Mat Yo beri pandangan isu gaji kelab beralih ke saingan amatur

j

'Ada jaminan ke isu gaji tidak berlaku kalau turun ke Liga A1-Semi-Pro?'

Demikian luahan bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha, mengakui trauma dengan isu gaji yang pernah dihadapinya, baik dalam Liga Super mahupun di pentas Liga A1-Semi-Pro.

Advertisement

Sebaik mendapat tahu beberapa pasukan mula mempertimbangkan untuk turun ke Liga A1 Semi-Pro, Norshahrul melihat ia sebagai langkah ke belakang.

Jika benar ia berfaktorkan isu kewangan, tiada jaminan isu gaji tidak akan berlaku sebaik memilih untuk beraksi dalam kancah kedua tempatan itu.

"Kalau betul seperti (soal) gaji (dibayar) tepat pada masanya maka ia merupakan satu kebaikan.

"Tapi dalam soal jaminan (masa depan) itu, terus terang pemain sekarang fobia sebab saya sendiri pun pernah mengalaminya.

"Ia sebenarnya tiada jaminan. Pengurusan pasukan mungkin ada sebab-sebab tertentu tapi pemain sudah tentu mahu menuntut perjanjian yang profesional," katanya Nadi Arena.

Tambahnya, status Liga A1 sebagai saingan amatur cukup jelas untuk menggambarkan kualiti dan perbezaan mutu permainan berbanding Liga Super.

Malah, untuk berada dalam kelompok profesional, ia bukan hal yang mudah.

"Kalau sesebuah pasukan itu konsisten, boleh bersaing -- mengapa tidak kekal dalam Liga Super.

"Pihak atasan perlu berbincang kerana sebagai pemain amatur, mereka boleh mempunyai pekerjaan di luar dan tidak semestinya tumpu kepada komitmen di atas padang sahaja," katanya.


 

Must Watch Video