Skip to main content

Badminton

Masters Thailand: Ling Cing tumbangkan Baruah, Goh Jin Wei mara ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jin wei

Perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei, terpaksa bekerja keras sebelum mara ke separuh akhir selepas menewaskan rakan senegara, K. Letshanaa, dalam aksi rubber set, 12-21,21-17,21-19, dalam Kejohanan Badminton Masters Thailand 2026, sebentar tadi.

Set pertama perlawanan di Stadium Nimibutr itu menjadi milik Letsahanaa dengan kemenangan 21-12, sebelum Jin Wei mencipta kebangkitan untuk menang 21-17 sekali gus mengheret rakan senegara itu ke set penentuan.

Advertisement

 

 

 

Dalam awal set ketiga menyaksikan aksi berlangsung sengit dengan kedua-dua wakil negara itu yang saling berkejaran mata, namun Jin Wei memanfaatkan pengalamannya untuk menewaskan Letshanaa serta menamatkan permainan untuk menang 21-19 dalam tempoh 55 minit perhitungan di Thailand itu.

Must Watch Video