Beregu wanita negara, K. Letshanaa, tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Thailand apabila mudah menewaskan pemain Amerika Syarikat, Ishika Jaswal, dalam aksi pusingan pertama di Stadium Nimibutr, Bangkok sebentar tadi.
Pemain berusia 22 tahun itu hanya membenarkan lawan mendahului mata pertama sebelum endominasi keseluruhan permainan untuk memenangi set pertama 21-10.
Advertisement
Sedikit tentangan dihadapi wakil negara itu pada awal set kedua tetapi selepas kedudukan terikat 4-4, dia kembali menguasai permainan untuk mengesahkan kemenangan 21-15 selepas secara keseluruhan bertarung selama 29 minit.
Menantinya dalam penentuan ke suku akhir esok ialah perseorangan India, Shriyanshi Valishetty.