Skip to main content

Badminton

Masters Thailand: Kebangkitan set ketiga Justin Hoh tak menjadi

badminton

Perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, terkandas dalam pusingan kedua Masters Thailand selepas dikecewakan oleh wakil China, Zhu Xuan Chen, sebentar tadi.

Begitpun pun, Justin tidak memberi laluan mudah buat lawannya yang menghuni ranking 69 dunia itu.

Justin bertungkus-lumus memadam kekecewaan set pertama 17-21 sebelum menempuhi rintangan berliku untuk menguasai set kedua 22-20 di Stadium Nimibutr itu.
 

Namun, kesilapan demi kesilapan dalam set penentuan membenarkan Xuan Chen mengorak jurang besar sebelum mengesahkan kemaraan dengan keputusan 21-9.

 

Related Topics

Must Watch Video