Perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei, mara ke final pertama musim ini selepas menewaskan rakan senegara, Wong Ling Ching, dalam Kejohanan Badminton Masters Thailand 2026, sebentar tadi.
Pertembungan itu berakhir dalam tempoh 57 minit permainan selepas Jin Wei menang menerusi aksi rubber set, 17-21,21-17,21-16, di Stadium Nimibutr itu.
Advertisement
#ThailandMasters2026
WS | SF#MAS🇲🇾 Goh Jin Wei def. #MAS🇲🇾 Wong Ling Ching 17-21 21-17 21-16
⏱️ 57m
*MALAYSIA’S FIRST WOMEN’S SINGLES FINALIST!
Jin Wei becomes Malaysia’s first women’s singles finalist at a SUPER 300 tournament, battling past compatriot Wong Ling Ching in… pic.twitter.com/OtciU8vBxM— BAM (@BA_Malaysia) January 31, 2026
Kemenangan ini membuka laluan kepada satu detik bersejarah buat badminton negara apabila Malaysia mempunyai wakil di final perseorangan wanita kejohanan bertaraf Super 300.
Untuk rekod, sudah sekian lama Malaysia tidak mempunyai wakil perseorangan wanita yang mara sejauh ini di kejohanan bertaraf Super 300 atau lebih tinggi, menjadikan pencapaian ini satu perkembangan positif buat arena badminton negara.
Wakil negara di ranking ke-68 dunia itu akan turun berdepan lawan dari India, Devika Sihag, esok.