Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Soon Huat-Shevon Lai mara, Jin Wei singkir pilihan keempat kejohanan

af

Dua wakil negara melangkah ke pusingan 16, Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026 di Unifi Arena, sebntar tadi.

Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, tidak berdepan masalah menewaskan lawan dari Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Francesca Corbett, 21-8,21-16, dalam tempoh kurang daripada setengah jam.

Sementara itu, beregu wanita profesional negara, Goh Jin Wei, terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan Busanan Ongbamrungphan dari Thailand yang juga merupakan pilihan keempat kejohanan, 21-6,16-21,21-10.

Must Watch Video