Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Mungkin tidak cukup sabar -- Wooi Yik

a

Beregu lelaki Utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berkongsikan banyak kerap melakukan kesilapan mudah menjadi faktor mereka terkandas dalam pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026 di Unifi Arena, sebentar tadi.

Mereka ditewaskan rakan senegara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, menerusi aksi straight set, 21-18, 21-12 dalam tempoh 33 minit.

"Saya rasa sebab masing-masing sangat jelas corak permainan antara kami berdua, di sana (gelanggang) siapa yang melakukan kesilapan lebih banyak jadi faktor tewas," kata Aaron.

 

 

 

 

"Saya rasa kelebihan kami adalah untuk letakkan bola di dalam gelanggang, lebih banyak sudut. Tetapi tidak cukup saya rasa untuk hari ini, mungkin terlalu tidak cukup sabar.

"Kadangkala buat kesilapan di tahap ini sangat cepat akan membuang mata." tambah Wooi Yik.

Must Watch Video