Langkah perseorangan wanita negara, K. Letshanaa, terhenti meskipun mempamerkan semangat juang tinggi apabila tewas kepada Hina Akechi dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Unifi Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.
Untuk rekod, kali terakhir Letshanaa mara ke separuh akhir pada Masters Indonesia awal tahun ini.
Wakil Malaysia itu terlebih dahulu berada di depan selepas mendominasi set pertama 21-19, namun Akechi bangkit untuk memenangi set kedua 12-21.
Memasuki set penentuan, wakil Jepun itu tidak memberikan sebarang peluang buat Letshanaa untuk bersaing, sebaliknya mudah mengatasi untuk terus mengumpul mata.
PERODUA Malaysia Masters 2026
WS - QF
19 21 21 🇯🇵Hina AKECHI🥇
21 12 10 🇲🇾Karupathevan LETSHANAA
🕚 in 57 minutes— BWFScore (@BWFScore) May 22, 2026
Selepas 57 minit, Akechi mengungguli saingan, sekali gus mara ke peringkat seterusnya menamatkan cabaran sektor perseorangan wanita negara itu dalam kejohanan bertaraf super 500 itu.