Kerinduan peminat terhadap kelibat Pearly Tan berterusan apabila pemain beregu wanita itu akan memberi tumpuan kepada program pemulihannya dan sah tidak akan menyertai Kejohanan Badminton Masters Malaysia.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di laman sosial sebentar tadi mengumumkan gandingan kepada M-Thinaah itu -- sebagai pilihan utama kejohanan -- menarik diri dan tidak akan mengambil bahagian dalam kempen super di Unifi Arena itu, sepanjang minggu ini.
Pemain berusia 25 tahun itu terlepas saingan Piala Uber di Denmark, dua minggu lalu kerana ingin menumpukan perhatian kepada pemulihan kecederaan belakang badannya, situasi ini sekali gus meletakkan Ong Xin Yee-Carmen Ting sebagai wakil tunggal beregu wanita kebangsaan.