Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik berdepan ujian Goh Sze Fei-Nur Izzuddin

j
Advertisement

Malaysia bakal mempunyai wakil beregu lelaki dalam final Masters Malaysia selepas tiga gandingan negara melayakkan diri ke separuh akhir, hari ini.

Terkini, beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tidak memerlukan banyak masa dalam pertarungan di Unifi Arena, Bukit Jalil, untuk menidakkan cabaran lawan dari China sebentar tadi.

Advertisement

Kali terakhir berentap dalam Kejohanan Badminton Asia, Aaron-Wooi Yik dipaksa bekerja keras sebelum kemenangan dua set.

Kali ini, duo Malaysia itu bijak menguasai gelanggang -- terutama pukulan kencang Wooi Yik -- untuk memastikan dominasi menyeluruh sebelum kemenangan 21-15, 21-16.

Advertisement

Mereka akan membuat perhitungan dengan gandingan profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sementara satu lagi aksi menemukan Arif Junaidi-Yap Roy King dan Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark. 
 

Must Watch Video