Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King, memastikan masih ada wakil negara dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Jepun apabila mengatasi wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, dalam aksi suku akhir di Gimnasium Wilayah Kumamoto hari ini.
Gandingan negara itu menguasai sejak awal permainan untuk memenangi set pertama 21-16 sebelum mengekalkan penguasaan sama dalam set kedua bagi memastikan kemenangan 21-12 selepas bertarung selama 28 minit.
Menanti mereka dalam penentuan ke final esok ialah gandingan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard.