Hasrat beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk mempertahankan kejuaraan Masters Indonesia tidak kesampaian apabila terpaksa akur ditundukkan gandingan tuan rumah Moh Reza Pahlevi Isfahani- Sabar Karyaman Gutama pada Jumaat.
Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, menyaksikan pasangan nombor enam dunia itu tewas 20-22, 19-21 dalam perlawanan selama 38 minit.
Advertisement
Sementara itu, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani tidak berdepan masalah menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan wakil Korea Selatan, Song Hyun Cho-Lee Jing Min 21-17, 21-13 dalam tempoh 34 minit pada aksi suku akhir.
Sze Fei-Nur Izzuddin dijadual bertemu pemenang perlawanan antara gandingan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dengan kombinasi Korea Selatan-Malaysia, Choi Sol Gyu-Goh V Shem bagi perebutan tiket ke final hari ini.-Awani