Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tidak berdepan masalah untuk melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia apabila menewaskan beregu gabungan Singapura-Indonesia, Terry Hee-Gloria Emanuelle Widjaja, dalam aksi suku akhir di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.
Pasangan pilihan ketiga itu melepaskan dua mata pertama dalam set pembukaan tetapi selepas itu, mereka tidak pernah ketinggalan untuk menguasai sepenuhnya permainan sebelum menang 21-16.
Advertisement
Bagaimanapun, tentangan sengit dihadapi mereka dalam set kedua sehingga satu ketika ketinggalan 9-13 tetapi sedikit demi sedkit, mereka bangkit mengejar kedudukan sehingga mengikat kedudukan 18-18 sebelum menang 21-19 selepas secara keseluruhan bertarung selama 37 minit
Menanti mereka dalam penentuan ke final esok ialah pasangan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.