Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei mara pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei mara pusingan kedua

Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terselamat daripada dikejutkan pasangan bukan pilihan dari China Zhu Yi Jun-Li Qian pada pusingan pertama Masters Indonesia 2026 di Jakarta semalam.

Dalam aksi pembukaan kejohanan bertaraf Super 500 di Istora Senayan, beregu nombor empat dunia itu terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan pasangan China itu 21-19, 20-22, 21-10 dalam pertarungan sengit hampir sejam untuk mengesahkan slot ke pusingan kedua.

Advertisement

Juara dunia itu dijangka berdepan sama ada pasangan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai, atau wakil Indonesia, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah pada pusingan seterusnya.

Sementara itu, pasangan profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas mengejut 21-18, 18-21, 20-22 kepada beregu campuran bukan pilihan yang juga wakil tuan rumah Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil.

Selepas kandas pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2026 dan Terbuka India 2026, pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akhirnya meraih kemenangan selepas menundukkan pemain India H S Prannoy 21-19, 21-11 dalam aksi selama 35 minit.

Zii Jia bakal menentang Panitchaphon Teeraratsakul dari Thailand di pusingan kedua, yang menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-10, 21-18.-Awani

Must Watch Video